0
2 Polis Dilanggar, Dibelasah Ketika Lakon Watak Peragut Dalam Demonstrasi 2 Polis Dilanggar, Dibelasah Ketika Lakon Watak Peragut Dalam Demonstrasi

GEORGE TOWN  - Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut pada 12 Nov lalu bertukar tragedi apabila dua orang anggota polis yang melako...

0
Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook

14 Nov  - Facebook akhirnya telah membuang page Alvin Tan, sehari selepas dia memuat naik beberapa gambar yang menghina Islam. Alvin Tan ...

0
Nak Masuk Tingkatan 6 Ke, Nak Masuk Universiti Ke Tak Boleh, Ayah Tak Mampu, Adik Ramai Nak Masuk Tingkatan 6 Ke, Nak Masuk Universiti Ke Tak Boleh, Ayah Tak Mampu, Adik Ramai

"Ayah tak ada duit Cik Na, Nak masuk tingkatan enam ke, nak masuk universiti ke tak boleh semua sebab ayah nak ambil duit mana, adik...

0
Isu Vape : "Kalau Tak Selesai, Kerajaan Akan Hilang 1 Juta Undi" - IKHLAS Isu Vape : "Kalau Tak Selesai, Kerajaan Akan Hilang 1 Juta Undi" - IKHLAS

KUALA LUMPUR, 8 Nov:  Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan undi dari anak muda jika mereka gagal menyelesaikan isu vape. Itu am...

0
Ika Tampil Perjelas Mengapa Dia Ditumbuk Pengarah Ika Tampil Perjelas Mengapa Dia Ditumbuk Pengarah

Baru-baru ini industri seni tanah air sedikit kecoh dengan tindakan pengarah, Azma Aizal yang memukul pelakon di bawah arahannya, Ika Nab...

0
Guru Besar Hilang : Polis Guna Cara Islamik Guru Besar Hilang : Polis Guna Cara Islamik

KUALA KUBU BHARU, 6 Nov  - Polis akan menggunakan cara Islamik iaitu dengan bacaan Yasin setelah usaha mencari guru besar, Jasiah Rabu, me...

0
(Video) Brother Ini Terkantoi Sedang Menari, Responnya Selepas Itu Akan Buat Korang Pecah Perut (Video) Brother Ini Terkantoi Sedang Menari, Responnya Selepas Itu Akan Buat Korang Pecah Perut

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stress lebih-lebih lagi ketika bekerja. Bagi seorang lelaki yang dikenali seba...

Saturday, 14 November 2015

2 Polis Dilanggar, Dibelasah Ketika Lakon Watak Peragut Dalam Demonstrasi



GEORGE TOWN - Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut pada 12 Nov lalu bertukar tragedi apabila dua orang anggota polis yang melakonkan demonstrasi itu dilanggar dan dipukul oleh seorang lelaki yang tidak menyedari aksi itu hanya sekadar demonstrasi.

Dalam demonstrasi tersebut, Koperal Zulkifli Mohamad, 34, dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26 melakonkan watak meragut beg tangan seorang wanita sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.

Seorang pemandu kereta yang kebetulan terlihat "jenayah" itu kemudian mengejar kedua-dua "peragut" tersebut dan melanggar mereka sehingga terjatuh dari motosikal. Lebih teruk, lelaki itu juga memukul kedua-dua pegawai itu sebagai usaha untuk menghalang mereka dari melarikan diri.

Setelah diberitahu tentang apa sebenarnya yang terjadi, lelaki itu kemudian meminta maaf.

Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan saya fikir ia adalah benar. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab", kata lelaki tersebut.

Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pemandu itu telah memohon maaf dan dibebaskan.

Kedua-dua anggota polis yang mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tangan telah diarahkan untuk berehat.

Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook


14 Nov - Facebook akhirnya telah membuang page Alvin Tan, sehari selepas dia memuat naik beberapa gambar yang menghina Islam.

Alvin Tan yang kini berada di Amerika Syarikat mengesahkan perkara itu di profil facebooknya.

"Page Facebook saya (yang telah diverified) telah disekat buat selamanya.", katanya dengan menyalahkan mereka-mereka yang melaporkannya kepada Facebook.

Blogger berusia 26 tahun itu mencetus kemarahan ramai dengan memuat naik gambarnya yang sedang membuang air sambil memegang Al-Quran dan menggunakan halaman Quran sebagai tisu tandas. 


Monday, 9 November 2015

Nak Masuk Tingkatan 6 Ke, Nak Masuk Universiti Ke Tak Boleh, Ayah Tak Mampu, Adik Ramai


"Ayah tak ada duit Cik Na, Nak masuk tingkatan enam ke, nak masuk universiti ke tak boleh semua sebab ayah nak ambil duit mana, adik-ada ramai lagi" itulah kata-kata Nur Hidayah Binti Che Amat Budi,18, kepada seorang sukarelawan sosial Puan Zarina Nawawi.

Hidayah yang merupakan anak sulung dari 8 adik beradik ini kini tercicir dalam pelajarannya walaupun mendapat keputusan yang agak baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 lalu.

Dia dikatakan menadapat tawaran untuk belajar di tingkatan 6  SMK Kubang Bemban 2015 namun kerana masalah kemiskinan, dia tidak meneruskan cita-citanya terhalang.


Dari riak wajahnya jelas terpancar keinginna untuk melanjutkan pelajaran seperti orang lain dengan ingin berjaya dalam hidup dan sudah pati ingin membela keluarga apabila berjaya nanti.

Namun apakan daya, kesempitan hidup tidak membolehkan ia berbuat demikian.

Ayah beliau, Che Ahmad Mudi hanyalah seorang penoreh getah dan kadangkala menjadi pemandu

kerja noreh getah, sekali sekala kalau orang panggil dia akan bawa 'escavator' jika dipanggil dan emaknya pula, Hidayah Halimah Ahmad masih berada dalam pantang apabila baru melahirkan seorang anak bongsu yang baru berusia 10 hari.

Hidayah kesemuanya mempunyai 9 orang adik beradik tetapi seorang telah meninggal dengan beliau merupakan anak sulung, Azam 16, Azizah 14, Zainal 11, Zamie 9, Syafikah 4, Adam 2, Amira 10 hari.


Menurut cerita Puan Zarina, datuk kepada Hidayah juga tinggal bersama mereka menjadikan kesemua ahli keluarga rumah usang berkenaan 11 orang.

"Pak cik ni dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan masyarakat(JKM) RM300 sebulan, boleh juga bagi anak cucu makan, tukang makan ramai, kalau tidak letih juga ayahnya cari makan sorang-sorang, beras 10 kilo tahan 4 hingga 5 hari sahaja," katanya datuk Hidayah.


Hidayah dikatakan sangat bersemangat dan amat mahu menyambung pelajarannya, keputusan SPMnya kalau dilihat membolehkan dia menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun terpaksa kuburkan niat kerana tidak mampu walaupun untuk memasuki tingkatan 6.

"Cik Na, mintak tolong kawan-kawan Cik Na kirakan Hidayah mengaji boleh tak,? asal boleh sambung belajar pun cukup, tak kisah tingkana 6, masuk u ke, poli ke tak kisah tapi ayah pula taka da duit" kata Hidayah kepada Puan Zarina di mana dia asyik menyebut ayahnya tidak mampu untuk menampung kos melanjutkan pelajaran.

"Saya suruh dia berhenti bercakap pasal ayah tidak ada duit," kata puan Zarina.

"Melangkah balik, saya bertekad mahu beritahu kawan-kawan semua dan mari kita pakat tolong, beri Hidayah peluang, Hidayah mesti sambung belajar!"

"Saya perpanjangkan infaq sahabat semua tadi RM200, bawa beras 20kg, barang2 dapur RM100, semoga telah rasa ringan sedikit bahu si miskin dan beri sedikit senyum bahagia buat mereka."

"Bil letrik tertunggak RM553, agaknya ehsan TNB tak kena potong2 lagi. Bil kegunaan semasa antara RM25-RM40," jelas beliau.

Bagi mereka yang mahu membantu keluarga ini, boleh pergi melawat mereka di alamat,

Kg Baroh Pial,
17050, Rantau Panjang,
Kelantan

Untuk sumbangan kewangan boleh salutkan ke,

BSN 0399541000172963 (Hidayah)

Nombor telefon tidak disertakan kerana bagi mengelakkan disalah guna kerana pernah terjadi sebelum ini, jadi kepada sesiapa yang hendak menghubungi hidayah boleh berhubung dengan puan Zarina terlebih dahulu.

Sunday, 8 November 2015

Isu Vape : "Kalau Tak Selesai, Kerajaan Akan Hilang 1 Juta Undi" - IKHLAS


KUALA LUMPUR, 8 Nov: Kerajaan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan undi dari anak muda jika mereka gagal menyelesaikan isu vape.

Itu amaran yang diberi oleh Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), Ridzuan Abdullah berikutan operasi rampasan vape yang berlaku baru-baru ini.

Menurut beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri perlu campur tangan untuk menyelesaikan hal ini untuk memastikan nama kerajaan tidak tercemar di mata para pengguna vape.

Kita mohon Perdana Menteri campur tangan dalam isu ini sebab hal ini melibatkan lebih daripada satu juta pengguna yang menggunakan vape ini.

Kita mohon kerajaan pusat pastikan anak muda ini terbela, mereka berniaga kenapa nak menyusahkan mereka, kalau benda ini tidak selesai kerajaan sedia ada ini akan hilang satu juta undi, ini yang akan berlaku,” katanya memetik laporan dari FMT.

Selain itu, beliau juga turut mendesak supaya Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam meletak jawatan jika gagal menyelesaikan isu ini dengan baik.

Menteri buat keputusan rampas produk vape ini tanpa bukti yang kukuh. Kami amat kesal terhadap kementerian tersebut, kerana anak-anak muda Melayu telah belanja RM200 hingga RM300 ribu untuk memulakan perniagaan akhirnya dirampas dengan sekelip mata.

Pihak kementerian sepatutnya mengikut standard operating procedure(SOP) sebelum bertindak, bukannya terus membuat serbuan serta merta,” katanya.

Ridzuan bersama tiga lagi NGO membuat laporan polis terhadap Kementerian Kesihatan berhubung isu rampasan rokok elektronik itu.

Turut hadir bersama Majlis Jalinan Muhubah Malaysia dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia.

Ika Tampil Perjelas Mengapa Dia Ditumbuk Pengarah


Baru-baru ini industri seni tanah air sedikit kecoh dengan tindakan pengarah, Azma Aizal yang memukul pelakon di bawah arahannya, Ika Nabella baru-baru ini.

Ika kemudian tampil memberikan penjelasan mengenai insiden itu melalui rancangan Melodi yang bersiaran hari ini.

Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab

Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini adalah kali ketiga saya bekerja dengan pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia

Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu

Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan (sambil tunjuk video yang dirakam pengarah). Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia ada mention reaction (yang pengarah mahukan) selepas dia pukul saya tu,” jelas Ika memetik laporanRotikaya.

Ika kini sudah pun beransur pulih dan berkata dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pembabitan dalam drama tersebut.

Saturday, 7 November 2015

Guru Besar Hilang : Polis Guna Cara Islamik

KUALA KUBU BHARU, 6 Nov - Polis akan menggunakan cara Islamik iaitu dengan bacaan Yasin setelah usaha mencari guru besar, Jasiah Rabu, menemui jalan buntu.

Bacaan Yasin itu akan diadakan esok di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jasiah berada.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Abdul Rahman Yahya Zikir, bacaan Yasin akan dikendalikan oleh Unit Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM.

"Kita menggunakan cara islamik iaitu bacaan Yasin selepas semua usaha dilakukan untuk mencari Jashiah sejak 12 hari lepas menemui jalan buntu," katanya memetik laporan Bernama.

Seramai 40 anggota dari PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM dan Rela akan menyertai bacaan Yasin tersebut.

Kali terakhir Jashiah dilihat adalah pada petang 23 Oktober lepas oleh jirannya dan kehilangan Jasiah mula disedari apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang dan mendapati Jashiah tiada di rumah dan pintu rumah mereka terbuka.

Jashiah dikatakan menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling. Dia dipercayai berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh 10 KM

Thursday, 5 November 2015

(Video) Brother Ini Terkantoi Sedang Menari, Responnya Selepas Itu Akan Buat Korang Pecah Perut


Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stress lebih-lebih lagi ketika bekerja. Bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Munis cara dia menghilangkan stress adalah dengan menari.

Namun malang bagi Munis kerana aksinya sedang menari dirakam oleh seorang rakannya yang kemudian memviralkan video itu di laman Twitter. Video itu diretweet lebih dari 5,000 kali oleh pengguna Twitter.

Tapi apa yang mencuit hati bukan video dia menari tapi responnya setelah terkantoi selepas itu.




Semuanya bermula apabila rakannya menegur (sambil merekod) : "Kau buat apa tu Munis?".

Nak tengok respon dia selepas tu? Tonton video ini :