Nak Masuk Tingkatan 6 Ke, Nak Masuk Universiti Ke Tak Boleh, Ayah Tak Mampu, Adik Ramai
"Ayah tak ada duit Cik Na, Nak masuk tingkatan enam ke, nak masuk universiti ke tak boleh semua sebab ayah nak ambil duit mana, adik-ada ramai lagi" itulah kata-kata Nur Hidayah Binti Che Amat Budi,18, kepada seorang sukarelawan sosial Puan Zarina Nawawi.
Hidayah yang merupakan anak sulung dari 8 adik beradik ini kini tercicir dalam pelajarannya walaupun mendapat keputusan yang agak baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 lalu.
Dia dikatakan menadapat tawaran untuk belajar di tingkatan 6 SMK Kubang Bemban 2015 namun kerana masalah kemiskinan, dia tidak meneruskan cita-citanya terhalang.
Dari riak wajahnya jelas terpancar keinginna untuk melanjutkan pelajaran seperti orang lain dengan ingin berjaya dalam hidup dan sudah pati ingin membela keluarga apabila berjaya nanti.
Namun apakan daya, kesempitan hidup tidak membolehkan ia berbuat demikian.
Ayah beliau, Che Ahmad Mudi hanyalah seorang penoreh getah dan kadangkala menjadi pemandu
kerja noreh getah, sekali sekala kalau orang panggil dia akan bawa 'escavator' jika dipanggil dan emaknya pula, Hidayah Halimah Ahmad masih berada dalam pantang apabila baru melahirkan seorang anak bongsu yang baru berusia 10 hari.
Hidayah kesemuanya mempunyai 9 orang adik beradik tetapi seorang telah meninggal dengan beliau merupakan anak sulung, Azam 16, Azizah 14, Zainal 11, Zamie 9, Syafikah 4, Adam 2, Amira 10 hari.
Menurut cerita Puan Zarina, datuk kepada Hidayah juga tinggal bersama mereka menjadikan kesemua ahli keluarga rumah usang berkenaan 11 orang.
"Pak cik ni dapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan masyarakat(JKM) RM300 sebulan, boleh juga bagi anak cucu makan, tukang makan ramai, kalau tidak letih juga ayahnya cari makan sorang-sorang, beras 10 kilo tahan 4 hingga 5 hari sahaja," katanya datuk Hidayah.
Hidayah dikatakan sangat bersemangat dan amat mahu menyambung pelajarannya, keputusan SPMnya kalau dilihat membolehkan dia menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi, namun terpaksa kuburkan niat kerana tidak mampu walaupun untuk memasuki tingkatan 6.
"Cik Na, mintak tolong kawan-kawan Cik Na kirakan Hidayah mengaji boleh tak,? asal boleh sambung belajar pun cukup, tak kisah tingkana 6, masuk u ke, poli ke tak kisah tapi ayah pula taka da duit" kata Hidayah kepada Puan Zarina di mana dia asyik menyebut ayahnya tidak mampu untuk menampung kos melanjutkan pelajaran.
"Saya suruh dia berhenti bercakap pasal ayah tidak ada duit," kata puan Zarina.
"Melangkah balik, saya bertekad mahu beritahu kawan-kawan semua dan mari kita pakat tolong, beri Hidayah peluang, Hidayah mesti sambung belajar!"
"Saya perpanjangkan infaq sahabat semua tadi RM200, bawa beras 20kg, barang2 dapur RM100, semoga telah rasa ringan sedikit bahu si miskin dan beri sedikit senyum bahagia buat mereka."
"Bil letrik tertunggak RM553, agaknya ehsan TNB tak kena potong2 lagi. Bil kegunaan semasa antara RM25-RM40," jelas beliau.
Bagi mereka yang mahu membantu keluarga ini, boleh pergi melawat mereka di alamat,
Kg Baroh Pial,
17050, Rantau Panjang,
Kelantan
Untuk sumbangan kewangan boleh salutkan ke,
BSN 0399541000172963 (Hidayah)
Nombor telefon tidak disertakan kerana bagi mengelakkan disalah guna kerana pernah terjadi sebelum ini, jadi kepada sesiapa yang hendak menghubungi hidayah boleh berhubung dengan puan Zarina terlebih dahulu.
Post a Comment
0 comments
Dear readers, after reading the Content please ask for advice and to provide constructive feedback Please Write Relevant Comment with Polite Language.Your comments inspired me to continue blogging. Your opinion much more valuable to me. Thank you.