GEORGE TOWN - Satu demonstrasi mencegah aktiviti ragut pada 12 Nov lalu bertukar tragedi apabila dua orang anggota polis yang melako...
Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook
Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook
14 Nov - Facebook akhirnya telah membuang page Alvin Tan, sehari selepas dia memuat naik beberapa gambar yang menghina Islam. Alvin Tan ...
Guru Besar Hilang : Polis Guna Cara Islamik
Guru Besar Hilang : Polis Guna Cara Islamik
KUALA KUBU BHARU, 6 Nov - Polis akan menggunakan cara Islamik iaitu dengan bacaan Yasin setelah usaha mencari guru besar, Jasiah Rabu, me...
(Video) Brother Ini Terkantoi Sedang Menari, Responnya Selepas Itu Akan Buat Korang Pecah Perut
(Video) Brother Ini Terkantoi Sedang Menari, Responnya Selepas Itu Akan Buat Korang Pecah Perut
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stress lebih-lebih lagi ketika bekerja. Bagi seorang lelaki yang dikenali seba...
Isu Doktor Hensem : Ini Nasihat 'Pedas' Untuk Para Isteri.. & Juga SUAMI
Isu Doktor Hensem : Ini Nasihat 'Pedas' Untuk Para Isteri.. & Juga SUAMI
Jika sebelum ini Timbalan Pemuda PAS Perak membuat teguran terbuka kepada stesen radio dalam isu Dr Handsome, kini satu lagi nasihat tent...
Perbezaan Antara Lelaki & Budak Lelaki : Apa Itu Cinta
Perbezaan Antara Lelaki & Budak Lelaki : Apa Itu Cinta
Mungkin bagi mereka yang sedang hangat berkasih sayang, cinta adalah keinginan dua individu untuk menerima antara satu sama lain. Namun b...
Update Status Di FACEBOOK Sebelum Gantung Diri Akibat Kecewa Dengan Sikap Teman Wanita !!!
Update Status Di FACEBOOK Sebelum Gantung Diri Akibat Kecewa Dengan Sikap Teman Wanita !!!
Oleh kerana kecewa dengan teman wanita, seorang lelaki bertindak drastik dengan mengantung diri sendiri di rumah nya.. berikut adalah st...
Dijamin Hati Anda Akan Terkesan Selepas Membaca Artikel Ini - 10 Gambar Yang Akan Membuatkan Hati Anda Tersentuh
$%Di bawah adalah 10 gambar peristiwa yang akan membuatkan hati anda tersentuh dan terharu apabila melihatnya: ...
Jika Selepas Membaca Artikel Ini,Air Mata Anda Masih Tidak Mengalir Keluar,Anda Adalah Seorang Yang Memang Keras Kepala - Jawapan Isteri Yang Menyebabkan Suami Menangis
Jika Selepas Membaca Artikel Ini,Air Mata Anda Masih Tidak Mengalir Keluar,Anda Adalah Seorang Yang Memang Keras Kepala - Jawapan Isteri Yang Menyebabkan Suami Menangis
$%“Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?” Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Mengge...
MESTI BACA!! Peristiwa Seram Dan Menakutkan Ketika Berhenti Di Perhentian Tapah
MESTI BACA!! Peristiwa Seram Dan Menakutkan Ketika Berhenti Di Perhentian Tapah
$%sekadar gambar hiasan Salam semua apa yg akan saya ceta dan kongsikan adalah utk kebaikan bersama dan supaya kita semua lebih berhati h...
Tak Terfikir Pun Nak Buat Macam Ni , Tapi Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa
Tak Terfikir Pun Nak Buat Macam Ni , Tapi Inilah Tulisan Terbesar Di Dunia Yang Dapat Dilihat Dari Angkasa
Inilah pemilik nama HAMAD tu , apa pendapat anda ?
Perkara Pelik Berlaku Semasa Konsert Akhir AF2015 Yang RAMAI TAK PERASAN , NO 10 Tu Paling MEMALUKAN !
Inilah Wajah Imam Muda Asyraf 10 Tahun Lalu Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai !
Inilah Wajah Imam Muda Asyraf 10 Tahun Lalu Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai !
Inilah Wajah Imam Muda Asyraf 10 Tahun Lalu Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai ! Inilah Wajah Imam Muda Asyraf 10 Tahun Lalu Yang Bakal MENGEJ...
Saturday, 14 November 2015
2 Polis Dilanggar, Dibelasah Ketika Lakon Watak Peragut Dalam Demonstrasi
Dalam demonstrasi tersebut, Koperal Zulkifli Mohamad, 34, dan L/Koperal Mohd Zaidi Nayan, 26 melakonkan watak meragut beg tangan seorang wanita sebelum melarikan diri menggunakan sebuah motosikal.
Seorang pemandu kereta yang kebetulan terlihat "jenayah" itu kemudian mengejar kedua-dua "peragut" tersebut dan melanggar mereka sehingga terjatuh dari motosikal. Lebih teruk, lelaki itu juga memukul kedua-dua pegawai itu sebagai usaha untuk menghalang mereka dari melarikan diri.
Setelah diberitahu tentang apa sebenarnya yang terjadi, lelaki itu kemudian meminta maaf.
“Saya tidak tahu ia hanya demonstrasi dan saya fikir ia adalah benar. Saya bertindak sebagai satu tanggungjawab", kata lelaki tersebut.
Menurut Ketua Polis Daerah George Town, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, pemandu itu telah memohon maaf dan dibebaskan.
Kedua-dua anggota polis yang mengalami bengkak pada bahagian kaki dan tangan telah diarahkan untuk berehat.
Page Alvin Tan Akhirnya Dibuang Facebook
14 Nov - Facebook akhirnya telah membuang page Alvin Tan, sehari selepas dia memuat naik beberapa gambar yang menghina Islam.
Alvin Tan yang kini berada di Amerika Syarikat mengesahkan perkara itu di profil facebooknya.
"Page Facebook saya (yang telah diverified) telah disekat buat selamanya.", katanya dengan menyalahkan mereka-mereka yang melaporkannya kepada Facebook.
Blogger berusia 26 tahun itu mencetus kemarahan ramai dengan memuat naik gambarnya yang sedang membuang air sambil memegang Al-Quran dan menggunakan halaman Quran sebagai tisu tandas.
Saturday, 7 November 2015
Guru Besar Hilang : Polis Guna Cara Islamik
Bacaan Yasin itu akan diadakan esok di sekitar kawasan pondok yang dipercayai menjadi lokasi terakhir Jasiah berada.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Abdul Rahman Yahya Zikir, bacaan Yasin akan dikendalikan oleh Unit Bahagian Agama dan Kaunseling PDRM.
"Kita menggunakan cara islamik iaitu bacaan Yasin selepas semua usaha dilakukan untuk mencari Jashiah sejak 12 hari lepas menemui jalan buntu," katanya memetik laporan Bernama.
Seramai 40 anggota dari PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM dan Rela akan menyertai bacaan Yasin tersebut.
Kali terakhir Jashiah dilihat adalah pada petang 23 Oktober lepas oleh jirannya dan kehilangan Jasiah mula disedari apabila suaminya Ruzilan Omar, 57, pulang dan mendapati Jashiah tiada di rumah dan pintu rumah mereka terbuka.
Jashiah dikatakan menghala ke kawasan hutan simpan Bukit Kutu selepas keluar dari rumahnya di Taman Seri Seruling. Dia dipercayai berjalan kaki dan menumpang kereta orang lain sejauh 10 KM
Thursday, 5 November 2015
(Video) Brother Ini Terkantoi Sedang Menari, Responnya Selepas Itu Akan Buat Korang Pecah Perut
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menghilangkan stress lebih-lebih lagi ketika bekerja. Bagi seorang lelaki yang dikenali sebagai Munis cara dia menghilangkan stress adalah dengan menari.
Namun malang bagi Munis kerana aksinya sedang menari dirakam oleh seorang rakannya yang kemudian memviralkan video itu di laman Twitter. Video itu diretweet lebih dari 5,000 kali oleh pengguna Twitter.
Tapi apa yang mencuit hati bukan video dia menari tapi responnya setelah terkantoi selepas itu.
Semuanya bermula apabila rakannya menegur (sambil merekod) : "Kau buat apa tu Munis?".
Nak tengok respon dia selepas tu? Tonton video ini :
Isu Doktor Hensem : Ini Nasihat 'Pedas' Untuk Para Isteri.. & Juga SUAMI
Jika sebelum ini Timbalan Pemuda PAS Perak membuat teguran terbuka kepada stesen radio dalam isu Dr Handsome, kini satu lagi nasihat tentang isu tersebut menjadi viral di Facebook.
Baca : Timbalan Pemuda PAS Perak Buat Teguran Terbuka Kepada Stesen Radio Isu Dr Handsome
Nasihat itu dikongsi oleh seorang pengguna Facebook, Fiq Habib pada 3 November lepas dan mendapat lebih dari 5,000 perkongsian.
Apa yang menarik tentang nasihat ini adalah ia bukan sahaja ditujukan kepada isteri, malah turut ditujukan buat suami.
Perkongsian penuh dari Fiq Habib
Alang2 dah viral, aku nak komen skit lah isu ni tapi 1st thing 1st, aku mohon maaf kalau ada terkasar bahasa dlm post kali ni.
Untuk yg x tau hujung pangkal, long story shortnya ialah Hot fm jemput doktor hensem ni ke konti pagi tadi. Bila tgok doktor ni hensem, maka ramai ibu2 mengandung tergedik2 nak doktor ni deliver baby dia..
Bab bersalin ni aku sensitif skit sebab ia melibatkan maruah. So post aku pun sikit pedas lah.. xpe.. aku goreng secukup rasa.. still bole telan..
1st.
Mana maruah korang sebagai seorang wanita Islam? Asal hensem je, korang sanggup kangkang depan dia? Asal hensem je korang sanggup kangkang depan dia? Xde rasa malu ke? X rasa bersalah ke? X de rasa hormat kat suami ke?
Suami pulak.. mana maruah korang sebagai suami? Sanggup biarkan mahkota isteri yg paling berharga dilihat lelaki lain? Siap bayarkan lagi. Xde rasa apa2 ke?
2nd.
Darurat? Coi la darurat korang. Kalau korang kata itu darurat maknanya korang sendiri belum faham makna darurat dlm Islam. Darurat tu maknanya kalau korang dok dlm hutan & masa tu cuma dia saja doktor yg ada utk deliver baby korang. Cuma korang 2 org je. Kalau ada mahram @ perempuan lain, STILL X DARURAT sebab perempuan tu boleh tolong deliver. Doktor ajnabi tu bole bagi panduan kat org yg deliver tu UNLESS ada masalah yg memerlukan kepakaran seorang doktor THEN baru dikira DARURAT.
3rd.
Darurat lagi. Katanya x ada duit nak ke hospital swasta maka bawak la isteri pegi hospital gomen. Hospital gomen ni... ikut giliran doktor. Kalau kena doktor lelaki, lelaki lah.. kalau kena doktor perempuan, perempuan lah.. So... redha je lah kan?
Meh aku nak tanya.. masa korang gi meminang isteri korang dulu.. mak bapak dia letak hantaran belas2 ribu.. korang sanggup je kan? Masa kenduri kawin tu.. habis puluh2 ribu.. korang rela je kan? Siap spare duit gi honeymoon oversea lagi. Xpe kan? Wajib ke semua tu? Mana darurat korang time tu?
Jadi.. kalau la nanti Allah tanya: "Apa alasan ko x boleh kumpul duit rm 3 - 4 ribu untuk bersalin dengan doktor perempuan" agak2 korang bole jawab x?
Bhai.. bini ko tu bukannya tetiba je nak bersalin terus sakit nak beranak. 9 bulan budak tu dalam perut. Simpan la... sebulan rm300 ke.. dah ada rm2700. Lebih dari cukup klu bersalin normal. Nak selamat simpan la lebih skit..
4th.
Ada kes paling teruk.. ada duit. Pegi hospital swasta tapi pilih jugak doktor lelaki. Bukan Islam plak tu!! Ataupun sebab nak doktor hensem katanya. Eiiii!! Geram nak PANGje sedas pompuan camtu. Sigh~
Ok.. meh aku nak share skit crita aku. Anak aku 4 orang. Semua lahir di hospital swasta. Bukan sebab aku bnyak duit. X sama skali. Jujur aku sampai meminjam duit sebab x ckup duit tapi Alhamdulillah anak2 aku disambut doktor perempuan Muslim. Anak sulung aku disambut Doktor Suriati di KMC Kuantan, 2nd Doktor Rosnah di DBM Ptg Pauh, 3rd Doktor Fauziah di KPJ Perda & 4th Doktor Hanita di DBM Ptg Pauh jgak.
Sebab apa aku sanggup bergolok bergadai utk deliver baby aku dgn doktor2 ni?
1) Perempuan Islam. Titik. Xde darurat2 nye..
2) Aku nak teman isteri aku di waktu paling genting & getir dlm hidup dia. X caya, tanya la mana2 ibu macam mana pengalaman diorang bersalin. Seronok ke tak? Time sronok nak sama2 kan.. time cemas camtu korang bole tinggal isteri korang sorang2 dalam labour room tu. Siap kena marah dengan misi lagi. Patut x?
Alhamdulillah.. setakat anak no 4 ni aku belum missed pegang tangan isteri aku masa deliver baby.. usap kepala & doakan dia.. beri semangat & sokongan moral.. & aku dapat rakam gambar setiap baby aku sebelum tali pusat di potong lagi..
Paling penting, pengalaman paling bernilai dalam kehidupan bersuami isteri tu aku x missed. Serius, korang masuk la labour room tu teman wife korang bersalin. Baru korang tau cemana rasa dia. Xde rasa bayar rm 2-3 ribu tu..
3) Privasi. Korang percaya x.. x semua.. tapi ada hospital kerajaan deliver baby atas katil dalam wad jer? Tutup ngan tirai kat keliling katil tu.. then teran la.. nak jerit, jerit la.. satu wad dengar. Kesian x kat wife korang?
Hospital swasta, bilik bersalin memang sorang2 lah. Wad pun paling cikai 3 org 1 bilik. Tambah duit skit dapat blik vip sorang2. Aman bahagia. Alah.. bilik hotel masa honeymoon sanggup bayar.. kan? Apasal x tido bawah jambatan je time honeymoon tu?
4) Kualiti & layanan di hospital swasta. Pengalaman personal aku, memang berbeza la layanan hospital gomen ngan swasta.. maaf sgt2 utk doktor2 & nurse gomen dlm friend list aku nih. Bukan nak kondem korang.. Tapi aku rasa korang pun setuju dlm bab ni kan?
5) Kepakaran. Korang bayar mahal bukan saja2.. doktor yg handle wife korang tu memang pakar perbidanan @ O&G. Maka sudah tentu la berbeza juga hasil rawatannya itu.. benda nak pakai lama beb... apa salahnya bayar lebih skit.. Kalau beli sport rim kreta nak yang ori jepun sokmo.. yer dok?
Apa pun yg aku share ni pandangan & pengalaman peribadi aku & isteri aku. Aku x paksa korang setuju @ terima.. Yang penting, fikir2kan lah yer.
Saturday, 17 October 2015
Perbezaan Antara Lelaki & Budak Lelaki : Apa Itu Cinta
Mungkin bagi mereka yang sedang hangat berkasih sayang, cinta adalah keinginan dua individu untuk menerima antara satu sama lain.
Namun bagi mereka yang sudah berkahwin dan sudah mempunyai anak, perspektif tersebut mula berubah.
Bagi mereka yang sedang hangat bercinta sekarang, pengguna Facebook Irmandyadi Idris, mempunyai nasihat untuk anda semua. Dan ianya akan merubah perspektif anda mengenai apa itu cinta dan menjelaskan antara Cinta Seorang Budak Lelaki dan Cinta Seorang Lelaki.
Ikuti Nasihat Dari Irmanyadi Idris
Aku baru mendapat berita dalam 24 jam, aku akan dapat anak buah yang ke empat. Mesti adik aku tengah panik.
Nak jadi bapak ni, bila mula-mula dia memang seronok. Dapat tau isteri mengandung, dapat tau bila due date, first time kau tengok anak kau...semua benda tu memang best.
Tapi untuk seorang lelaki yang baru jadi bapak, first 1-2 minggu tu, amatlah kritikal. Sebab waktu tu la kau akan terasa "oh...this shit is getting real. Im a dad.."
First time kau rasa kau terganggu tidur, first time kau kena bangun cuci bontot anak. First time kau pegang taik. First time kau nak keluar tapi tak boleh sebab kau dah ada anak. Restriction tu akan datang sikit demi sikit dan percayalah, memikirkan isu tu sebelum kau ada anak amat berlainan dengan realiti selepas kau memang dah ada anak.
Kau tengok bini pun kadang2 ada rasa nak mengamuk aje, sebab....kau meronta-ronta nak kebebasan kau sebelum tu balik.
Jadi, kunci dia selalunya bergantung dekat apa pandangan kau dekat isteri kau selepas tu. Kau kesian dengan dia atau kau buat tak peduli aje sebab pada kau, itu tanggungjawab mak la.
Itulah yang akan membezakan antara seorang lelaki dan seorang budak lelaki. Budak lelaki, walaupun dah kahwin, masih lagi terhegeh-hegeh nak kejar kebebasan yang dia baru sedar dia dah hilang. Ada jugak jenis, bila realiti hilang kebebasan tu jatuh atas bahu dia, dia sanggup buat apa saja untuk dapatkan kembali kebebasan.
Pada waktu tersebut barulah ramai pasangan yang sedar, dalam sebuah perkahwinan, tidak ada sebenarnya istilah cinta yang tidak berkesudahan sebab memang betul, dalam perkahwinan, cinta boleh putus.
Normal.
Dalam perkahwinan akan ada benci.
Tapi lelaki akan pikul tanggungjawab. Itu sebenarnya cinta. Cinta bukannya kasih sayang cintan cintun ni semata-mata. Cinta sebenarnya adalah kesediaan untuk melakukan sesuatu yang kau berat sangat nak hadapi yang takkan berkesudahan, yang kau tau akan merantai kau sampai bila-bila.
Kau nak tau apa benda dalam perkahwinan yang takkan berkesudahan?
Timbunan baju yang perlu dibasuh, disidai, dilipat dan dimasukkan semula ke dalam almari.
Itu, adalah simbol elemen cinta yang takkan berpenghujung. Jangan risau lah. Once anak dah 3-4 tahun, nanti ada la masa kau balik untuk jadi budak lelaki.
Update Status Di FACEBOOK Sebelum Gantung Diri Akibat Kecewa Dengan Sikap Teman Wanita !!!
Friday, 16 October 2015
Dijamin Hati Anda Akan Terkesan Selepas Membaca Artikel Ini - 10 Gambar Yang Akan Membuatkan Hati Anda Tersentuh
Jika Selepas Membaca Artikel Ini,Air Mata Anda Masih Tidak Mengalir Keluar,Anda Adalah Seorang Yang Memang Keras Kepala - Jawapan Isteri Yang Menyebabkan Suami Menangis
$%“Abang, kita pergi kedai hiasan dalaman rumah, boleh?”
Isteri memandangku penuh pengharapan. Aku senyum kelat. Mengangguk tidak. Menggeleng tidak.
Tapi, dia dah pergi bersiap. Tak sempat aku berikan jawapan.
Dia tak tahu, dah 3 bulan gajiku tak berbayar. Entah apa masalahnya dengan syarikat tempat kerjaku. Masalah kemelesetan ekonomi agaknya. Aku bukannya kerja tetap pun situ. Ambil upah kontrak saja. Kerja aku, pikul simen, bawa paip besar-besar tu ke rumah-rumah. Kadang-kadang, aku jadi buruh binaan sandaran. Semua kerja berat, aku buat.
2
Tidak bermaya untuk menunaikan kehendak isteri.
Bukan demi perut aku. Tapi, demi keluarga kecil aku ini. Anak baru dua orang. Dekat 10 tahun dah aku nikah. Isteri tak kerja. Suri rumah sepenuh masa.
Rumah ni pun rumah pusaka arwah nenek isteri. Duduk menumpang di tanah keluarga. Aku harta apa pun tiada. Harapkan kereta Proton Saga first model tu saja. Tu pun dah nak roboh kalau bawa lebih 100 km/j.
“Jom.”
Anak-anak pun dah siap. Isteriku senyum manja.
Kami ke kedai pameran perabot dan hiasan dalaman yang besar dekat area sini. Ada ekspo rupanya.
Aku tengok isteriku dan anak-anak happy sangat. Pergi dari satu pameran ke satu pameran. Dari satu galeri ke satu galeri. Display ke display. Dari pameran ruang tamu ke ruangan dapur.
Aku tengok dan tanya harga.
“Ribu. Belas ribu. Puluh ribu.”
Isteriku pimpin tanganku dan anak-anak. Sepanjang pameran, dia senyum saja. Hairannya, tak pula dia suruh aku beli.
Sampai di ruangan galeri dapur, dia berhenti lama. Aku tahu, dia mengimpikan dapur luas seperti itu. Ada kabinet, lengkap dengan ketuhar, dapur masak dan hood. Barangan dapur serba lengkap. Wanita mana yang tidak suka?
Dia memegang erat sedikit genggaman tanganku. Aku tahu, dia mahu.
“Abang, jom. Kita balik. Dah puas tengok.”
Aku terkebil-kebil. Menuruti saja langkahnya ke kereta uzurku.
Dalam kereta, isteriku tak lepaskan tanganku. Aku sengaja bertanya,
“Awak nak dapur macam tadi, ya?”
Dia jawab,
“Nak sangat. Tapi…”
Aku mencelah.
“Tapi?”
Dia meletakkan kepalanya di bahuku.
“Tapi, biarlah. Syukur dengan dapur rumah kita. Syukur dapat makan dan minum apa adanya. Bukan dapur yang saya ingini, tapi abang dan anak-anak ada di sisi. Masa makan, ceria dan gelak sekali. Gurau senda dengan famili. Meja kecil, senang nak capai dan hulur lauk. Senang nak suap suami dan anak-anak makan. Dapur yang bahagia.”
Aku terdiam. Senyum paksa.
“Abang tahu impian awak..”
Isteriku cepat-cepat genggam erat lagi. Kali ini lenganku jadi mangsa.
“Abang jangan fikir macam-macam. Saya ajak abang datang sini, supaya keinginan mata saya untuk lihat semua tadi, pudar setelah dah lihat. Tak terbayang-bayang dah. Tengok dan lupakan.
Menyintai kan tidak bermakna memiliki. Suka, tak bermakna nak beli.
Semua barangan mewah tadi, dari ruang tamu sampai ke dapur, dari pagar rumah sampailah rumah mewah, saya impikan abang dan anak-anak ada bersama dalam rumah tu dengan kelengkapan tu semua.
Indah sangat ada segalanya. Bahagia sangat.
Tapi saya bayangkan bukan indah di dunia, bang. Saya bayangkan mahligai di Syurga ada lebih dari semua tadi. Segalanya ada belaka.
Apa guna jika ada semuanya, tapi abang dan anak-anak tidak turut serta? Itu bukan bahagia maknanya pada saya.
Abang, susah kita sekarang, semua yang kita lalui sekarang ini adalah harga yang sedang kita bayar untuk mahligai di akhirat kelak. Makin kita sabar dan tenang lalui pahit-maung, suka duka masih bersama, insya-Allah.
Syurga jadi milik kita jua.
Bang, ‘syurga’ bagi setiap orang tidak sama. Ada orang makan kek yang harga mahal barulah dia terasa bahagia.
Tapi, saya dan anak-anak, makan biskut tawar pun sudah terasa nikmat bahagianya.
Abang, anak-anak. Syurga saya.”
2
Bertuahnya saya memiliki seorang isteri yang amat memahami.
Aku terkesima dengan kata-kata isteriku. Berhenti seketika di bahu jalan. Aku cakap dengan dia nak check tayar. Macam tak sedap saja drive. Padahal, aku tunduk tengok tayar, nangis sendirian.
Masuk balik kereta. Senyum.
“Depan sana ada air jambu asam boi. Semua nak tak?”
Isteri dan anak-anak serentak jawab,
“Nak!~~”
Thursday, 15 October 2015
MESTI BACA!! Peristiwa Seram Dan Menakutkan Ketika Berhenti Di Perhentian Tapah
$%sekadar gambar hiasan
Salam semua apa yg akan saya ceta dan kongsikan adalah utk kebaikan bersama dan supaya kita semua lebih berhati hati.Tadi pagi anak sulong saya dlm perjalanan dari kota damansara kl ke alor setar. Beliau telah berhenti sebentar di Tapah krn tunangnya nak pergi tandas.
Semasa menunggu dlm kereta datang sebuah kereta seramai empat org berbangsa India terus buka pintu kereta suruh keluar dan salah seorg cakap nak tarik kereta ..dlm waktu yg sama beliau beritahu kalau boleh bg duit beliau tak akan tarik kereta , anak saya nak kol bank dahulu tapi beliau ugut u nak mampus ka sb skrg saya nak settle kalau u kol bank saya akan tarik juga kereta ..
than anak saya kata nak kol saya utk minta duit nk bayar kat dia .. bila dia benarkan , anak saya jarakkan sikit dari depa dan trs kol bank .. bank kata akaun semua clear n jgn bayar apa dan kol polis immediately ..lps tu anak saya terus kol saya menangis ketakutan .. lps dia terangkan kpd saya .. lelaki india tue trs rebut fon dan suruh say byr rm 900 kalau nak settle sb katanya kalau dia tarik keta nie bank pun akan byr rm 900 .. untuk tidak membahayakan keadaan saya bersetuju utk byr rm 300 tapi dia x setuju n ugut saya lagi ..
dia cakap skrg ank perempuan awk dgn saya nk bayar atau tak .. dgn tenang sy cakap bei saya 10 min saya bank un duit .. saya kol semula anak saya dan srh beliau jauhkan diri dari mrk dan sembunyi kat toilet n pada masa yg sama anak saya kol polis dan tunang beliau kol kawan belia sekitar tapah ... menyedari polis datang mereka iaitu lelaki india telah melarikan diri dan sempat pula ugut sekali lagi dgn berkata mereka akan ikut sampai dapat ...anak saya dan tunang telah dibawa ke balai polis ..
mengikut keterangan polis kes ini telah berlaku kerap kali di tapah dan kumpulan ini meyasarkan anak anak muda utk ugut lebih lebih lagi budak perempuan muda .. dan dua hari sudah pun pemilik kereta iswara pun kena ugut juga dan pemandu malang ini krn takut telah membayarsejumlah wang .. Tapah agak black area .. tadi kawan saya baru msj beritahu beliau nmpk kereta ini dekat R & R Behrang kelmarin kul 3 pagi .. dimana empat lelaki india ini berada dalam kereta dgn mendengar lagu dengan kuat dlm keadaan mabuk.. ini no kereta mereka.
AJM 1324 ALZA PURPLE GELAP KERETA TINTED 100% GELAP X NMPK ORG PUN
So modus operandi mmg area hway tapah ..sila war warkan kpd saudara mara dan sahabat handai agar berhati hati .. seblom ini saya hanya dgr cerita sahaja tapi ini benar benar terjadi kpd anak saya .. Ya Allah terketag lutut bila bercakap sendiri dan diugut oleh pemuda indias itu.
Sila share di FB , watsapp atau mana mana media sosial agar penjenayah ini dapat didakwa. alhamdulilah skrg anak saya dah sampai alor setar .. Syukur kpd Allah swt. aminn n tq semua
Monday, 12 October 2015
Inilah Wajah Imam Muda Asyraf 10 Tahun Lalu Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai !
Inilah Wajah Imam Muda Asyraf 10 Tahun Lalu Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai !
Inilah Wajah Imam Muda Asyraf 10 Tahun Lalu Yang Bakal MENGEJUTKAN Ramai !!! | Sedang IM Asyraf sedang belek-belek album lama dia, tiba-tiba terjumpa pulak gambar yang agak lejen ni. Mesti ramai yang terkejut… Kurus bukan main. Sekarang semakin tembam. Hehe jangan marah ustaz.























