Telatah dan juga populariti anak sulung Tomok, Arrianshah Akid yang kini berusia 3 tahun sebenarnya memang mencuit hati tetapi dalam masa yang sama turut membuatkan Tomok berjaga-jaga lebih-lebih lagi apabila mereka berada di luar kawasan rumah.
“Memandangkan Arrian dikenali, saya dan isteri (Siti Rahayu Abas) sentiasa mengawasi setiap gerak-gerinya terutama apabila berada di pusat beli belah. Risau juga, sekarang ini macam-macam hal boleh berlaku. Cuma saya dan isteri sekadar ambil langkah berjaga-jaga,” katanya kepada mStar Online.
Tambah pelakon ini, dia bukanlah berniat mahu mendedahkan anak-anaknya di laman sosial tetapi hanya sekadar mahu berkongsi perkembangan terbaru cahaya matanya bersama para peminat yang tidak putus-putus menyokongnya.
Lebih menarik lagi, Tomok menjelaskan bahawa Arrian mula cemburu terhadap Andra lebih-lebih lagi melihat ibu bapanya bersama adiknya. Malah walau apa pun, menyanyangi adiknya itu.(rtky/s)
Post a Comment
0 comments
Dear readers, after reading the Content please ask for advice and to provide constructive feedback Please Write Relevant Comment with Polite Language.Your comments inspired me to continue blogging. Your opinion much more valuable to me. Thank you.